Home > News @ Announcement > Kami Tidak Terlibat!

Kami Tidak Terlibat!

Assalamualaikum & salam satu hacker . Yeahhh , stlah bbrape hri PhC tlah down , kini tlah timbul isi baru , iaitu “Ops : Hacker Malaysia” dan “Ops : CyberSecurity Malaysia” .

Misi “Ops : Hacker Malaysia Bersatu” dan “Ops CyberSecurity Malaysia” adalah berbeza.
Misi “Ops : Hacker Malaysia Bersatu” adalah sebahagian aktiviti pertubuhan “Hacker-Hacker Malaysia Bersatu” (HHBM). Pertubuhan ini ditubuhkan selepas kumpulan Phantom Crews (PHC) dilumpuhkan . Menurut sumber, penyerang adalah di kalangan penggodam Malaysia dan Indonesia dengan mengirim gambar-gambar lucah di dinding kumpulan Phantom Crews di Facebook. Kumpulan ini ditubuhkan kerana ahli penggodam tempatan dilihat tidak bersatu dan saling bertengkar antara satu sama lain yang memudahkan penggodam negara luar untuk menggodam mereka . Kumpulan-kumpulan penggodam telah bersatu di bawah nama Hacker – Hacker Malaysia Bersatu atau lebih dikenali sebagai United Order Of Malaysian Hacker Army .  Pertubuhan ini ditubuhkan untuk menyatukan kumpulan-kumpulan penggodam Malaysia supaya dapat pertahankan laman-laman negara Malaysia. Contohnya jika laman kerajaan digodam oleh pihak luar, pertubuhan ini akan berbincang dan mungkin mengambil tindakan susulan supaya penggodam-penggodam luar takut kepada kita.
“Ops : Cyber Security Malaysia” pula dilakukan kerana lahirnya perasaan yang kurang senang dengan sikap kerajaan yang seperti membiarkan kumpulan-kumpulan yang melampau bermaharajalela di internet dan menghasut golongan-golongan tertentu untuk menyertai mereka. Ops ini dijalankan selepas kami menyiarkan bagaimana pihak akhbar Kosmo! yang memperlekehkan penggodam. Kenyataan mereka seolah-olah memperlekehkan tindakan penggodam membanteras kumpulan-kumpulan yang dianggap negatif. Ini menyebabkan sesetengah pihak marah atas kenyataan mereka dan melancarkan serangan dengan mengirim gambar-gambar lucah dan melaporkan kepada pihak Facebook untuk dilumpuhkan sebagai peringatan. Teknik ini juga dilakukan kepada kumpulan Phantom Crews sehingga kumpulan mereka tidak lagi dapat diakses.
 
Siapakah yang terlibat di dalam kedua-dua misi tersebut ?

Kumpulan-kumpulan Ops : Hacker Malaysia Bersatu yang terlibat adalah seluruh penggodam-penggoodam Malaysia yang berjumlah 44 buah kumpulan !
Ops : CyberSecurity Malaysia pula adalah sebuah operasi yang melibatkan segelintir penggodam daripada pelbagai kumpulan yang berjumlah 44 buah kumpulan tersebut. Misi mereka adalah supaya pihak-pihak yang berwajib dapat mendengar luahan mereka dan bukannya memperlekehkan mereka.
Kedua-dua misi tersebut bukanlah rancangan sebuah kumpulan tetapi melibatkan persetujuan semua penggodam dan misi antara kedua-duanya adalah berbeza sama sekali.
SEMESTINYA , ONENATIONCREW TIDAK SESAMA SEKALI TERLIBAT OPERASI SEBEGINI . KAMI HANYA GODAM DEMI MENEGAKKAN ISLAM. SAYA BERHARAP AGAR CREW2 MEMBER ONC JANGANLAH TERLIBAT DENGAN OPERASI INI TANPA IZIN LEADER KITA (LASTMAN).
SUMBER BERITA: LAMAN WEB RASMI PHC & MYDEFACER.TK
Advertisements
Categories: News @ Announcement
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: